Assallamualaikum, hye..
How are you LFC' blog readers? And happy crafting to all fabulous crafters (^_^).
Terima kasih dan berbanyak-banyak terima kasih kerana masih menyokong LFC walaupun dah 2 tahun tanpa entry baru kat blog. LFC masih belum 'open' untuk tempahan jahit felt-craft. Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan terutamanya pengeposan selepas berhenti kerja > persediaan perkahwinan > berkahwin > pindah ke tempat baru.
Sekarang Yana tinggal kat Sungai Serdang, Kapar, Selangor dan bukan lagi di Kuala Terengganu. Ada tak mana-mana crafter yang tinggal dekat-dekat sini. Kalau ada jom pm Yana kat Fb LFC, ok. Boleh kongsi-kongsi cerita.
***
Hari ini LFC nak perkenalkan SIY (Sew It Yourself) e-tutorial untuk belajar jahit mini purse.
Dalam format PDF, dengan gambar dan langkah-langkah menjahit yang jelas, amat sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar jahit 'purse'. Harganya cuma RM5 dan akan di e-melkan ke inbox anda.
Berminat untuk belajar jahit mini purse dan nak dapatkan tutorial nie?
Anda boleh hantarkan nama dan e-mail:
>> e-mail : liyanafadila@gmail.com
>> atau wassap / PM : 019-4934 315
Kemudian, anda perlu membuat pembayaran ke no. akaun yang akan diberikan, dan hantarkan bukti pembelian (masa , tarikh, jumlah).
Tutorial akan dihantar ke inbox anda dalam masa 24 jam. Sila check spam folder jika anda masih belum terima e-mail dari kami selepas 24jam.
Terima kasih kerana sudi memca entry kali ini. Semoga jumpa lagi di entry akan datang.
Assallamualaikum and Happy Crafting (^_^)!!!!
Love,
liyanafadila
contact me at "liyanafadila@gmail.com"